Dodol agak sinonim dalam masyarakat melayu dahulu terutamanya ketika menyambut perayaan tidak kira dimana jua. Seperti yang kita sedia maklum, proses pembuatan makanan tradisional ini agak sukar kerana memerlukan penjagaaan yg rapi ketika memasak. Secara kasarnya, proses memasak memakan masa selama 5 hingga 8 jam bergantung pada kuantiti bahan dan dalam jangka masa tersebut dodol hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Jika dahulu aktiviti memasak dodol ini adalah salah satu riadah penduduk kampung, tetapi sekarang ianya semakin berkurangan malah semakin dilupakan.
Dodol Kampung, begitulah nama blog ini yang kami wujudkan bertujuan bukan sahaja untuk menjual dan memasarkan makanan tradisional ini tetapi juga untuk mempopularkan kembali terutamanya kepada generasi masa kini. Kami juga berharap dan yakin, dodol bukan sahaja menjadi makanan bagi masyarakat melayu malah dapat dikembangkan dan diperkenalkan ke peringkat yang lebih luas. Sekian sahaja untuk pengenalan kali ini dan nantikan susulannya. :)
No comments:
Post a Comment